Memaparkan catatan dengan label pinjaman koperasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pinjaman koperasi. Papar semua catatan

Perkara Asas Tentang Pinjaman Peribadi

Seperti yang ramai sudah mengetahuinya, pinjaman peribadi merupakan salah satu daripada banyak jenis pinjaman kewangan [1] yang anda boleh pohon daripada bank,  koperasi ataupun syarikat kewangan berdaftar mahupun yang tidak berdaftar dan selalunya mempunyai syarat dan kelayakan yang agak berbeza sedikit. Jikalau anda bercadang untuk memohon pinjaman peribadi, berikut adalah beberapa perkara asas yang anda perlu tahu sebelum menghantar permohonan anda.

1) Tanpa Cagaran – Anda perlu tahu yang pinjaman jenis ini tidak memerlukan anda menggunakan aset atau harta anda sebagai cagaran. Jadi, jika anda tidak dapat atau terlupa membuat bayaran balik pinjaman peribadi anda, pemberi pinjaman tidak boleh secara automatiknya mengambil harta anda sebagai bayaran balik baki pinjaman anda itu. Ini juga merupakan sebab utama mengapa pinjaman peribadi secara relatifnya lebih susah sedikit untuk mendapat kelulusan. Akan tetapi, pemberi pinjaman boleh mengambil tindakan yang lain termasuklah melaporkan pembayaran lewat kepada biro-biro kredit, mengupah agensi kutipan yang lain dan memfailkan tuntutan rasmi melalui sistem undang-undang terhadap anda juga.

2) Jumlah Pinjaman Yang Tetap - Jumlah pinjaman peribadi yang ditawarkan biasanya antara RM1,000 hingga RM300,000 bergantung kepada hasil penilaian kredit anda. Jika skor penilaian kredit anda baik, maka lebih bagus kerana lebih banyak wang yang anda boleh pinjam untuk pinjaman peribadi. Terdapat juga institusi kewangan yang mempunyai modal rendah menawarkan pinjaman seperti syarikat kewangan berdaftar dan anda mungkin hanya boleh meminjam wang degan jumlah yang lebih rendah seperti jumlah pinjaman maksimum RM10,000. Anda juga boleh memohon pinjaman yang lebih tinggi di sesebuah institusi kewangan yang mana anda sudah pun mempunyai pinjaman sedia ada di institusi yang sama ataupun dari institusi kewangan yang lain.

3) Kadar Faedah Ditetapkan – Secara umumnya, kadar faedah [2] untuk pinjaman peribadi adalah tidak berubah selepas dari tarikh pinjaman diluluskan jika tidak ada sebarang masalah berlaku sepanjang tempoh proses bayaran balik. Ini termasuklah perkara seperti jumlah pinjaman dan kadar faedah ke atas pinjaman peribadi berdasarkan penilaian kredit anda. Jika skor penilaian kredit anda lebih baik, maka anda akan menikmati kadar faedah yang lebih rendah. Kadar faedah yang lebih rendah adalah sangat menguntungkan anda kerana ini bermakna anda membayar balik kos yang lebih rendah bagi pinjaman yang dibuat. Walau bagaimana pun, ada sesetengah pinjaman peribadi yang ditawarkan mempunyai kadar faedah yang berubah-ubah dari masa ke semasa.

4) Tempoh Bayaran Balik Ditetapkan – Telah menjadi kebiasaan yang tempoh masa untuk membayar balik pinjaman peribadi dinyatakan dalam bulan. Sebagai contoh 12 bulan, 24 bulan, 60 bulan, 240 bulan dan seterusnya. Tempoh bayaran balik yang lebih panjang untuk pinjaman peribadi  mempunyai jumlah bayaran bulanan yang lebih rendah, tetapi ini juga bermakna yang anda membayar lebih banyak faedah berbanding jika anda membuat pembayaran balik dalam jangka yang lebih pendek atau singkat. Tetapi ini semua ditentukan oleh keupayaan kewangan anda dan juga skor penilaian kredit anda. Kadar faedah pinjaman juga boleh terikat dengan tempoh pembayaran balik pinjaman dan anda boleh mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dengan tempoh pembayaran balik yang lebih pendek. Selain itu, mungkin ada penalti atau denda yang akan dikenakan jika anda menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.
Antara kelebihan pinjaman peribadi ialah, jika anda memerlukan wang untuk menyelesaikan masalah kewangan seperti pendahuluan kereta, pendahuluan rumah, mengubahsuai rumah dan sebagainya tetapi anda tidak memiliki banyak simpanan wang, harta atau ekuiti, maka masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan memanfaatkan kemudahan pinjaman seperti ini. Selain itu, oleh kerana kebanyakan pakej pinjaman peribadi ditawarkan pada kadar faedah yang tetap, maka ini secara tidak langsung akan memaksa anda untuk mendisiplinkan diri dan menjelaskan pinjaman dalam jumlah dan jangka masa yang telah ditetapkan. Ia tidak seperti kad kredit, yang mana akan terus menggoda dan menggalakkan anda untuk berbelanja lebih dan sesuka hati. Dalam keadaan dan situasi yang terdesak, membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan berdaftar masih merupakan pilihan yang terbaik. Sampai disini dulu untuk kali ini, jumpa anda di artikel seterusnya.

Perkhidmatan Pinjaman oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan oleh MBSB, saya akan menerangkan terlebih dahulu latar belakang syarikat ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Malaysia Building Society Berhad (MBSB) sebenarnya adalah merupakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Federal and Colonial Building Society Limited yang ditubuhkan pada tahun 1950. Tetapi sebelum ia dinamakan sebagai MBSB, ia terlebih dahulu diberi nama sebagai Malaya Borneo Building Society Limited (MBBS) pada tahun 1956. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) [1] dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) [2] merupakan antara pemegang saham terbesar bagi syarikat MBSB ini sekarang. Jadi, reputasi syarikat ini memang tidak dapat dinafikan lagi.

Syarikat MBSB menawarkan berbagai pakej perkhidmatan dan kemudahan kewangan khususnya untuk pegawai dan kakitangan awam kerajaan dan juga kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun termasuklah mereka yang memegang jawatan seperti juruteknik, jururawat, guru, jurutera, doktor, akauntan, peguam, kerani atau pembantu tadbir dan sebagainya. Antara kemudahan - kemudahan pembiayaan kewangan yang popular ialah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan dan banyak lagi. Di sini, saya cuma hanya menerangkan berkenaan dengan pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan kerana kedua-dua pakej ini yang paling kerap ditanya oleh para pelawat laman web ini.

Pakej Pinjaman Peribadi
Bagi kemudahan pinjaman peribadi, MBSB menawarkan perkhidmatan yang dikenali sebagai Personal Financing-i yang mana terbahagi kepada beberapa sub-pakej yang lebih kecil dan spesifik mengikut keperluan para pelanggan. Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak MBSB boleh mencecah sehingga RM300,000 dan MBSB juga merupakan antara pemiutang sah disisi undang-undang yang menawarkan kadar faedah terendah di Malaysia iaitu serendah 4.30% dan walau anda hanya mempunyai gaji minimum sebanyak RM700 pun masih layak memohon pinjaman dari institusi kewangan ini. Selain itu, peminjam yang sudah mempunyai potongan gaji atau pun komitmen kewangan sedia ada sebanyak 80% juga masih layak memohon dengan MBSB.

Antara kelebihan pinjaman peribadi MBSB yang lain ialah tempoh kelulusan cepat, tidak memerlukan penjamin, boleh membuat pinjaman baru untuk overlap pinjaman lama dari MBSB sendiri atau pun dari syarikat koperasi yang lain, proses permohonan yang ringkas dan tempoh bayaran balik boleh mencecah sehingga 25 tahun. MBSB juga ada menawarkan tiga pakej pinjaman peribadi terbaru yang dikenali sebagai 1 Malaysia Package, Waslah Package dan Exec-i Package yang mana pekej-pakej ini mendapat sambutan yang sangat baik pada tahun ini iaitu 2012. Selain itu, pakej pinjaman peribadi yang disediakan oleh MBSB juga senang lulus dan lebih cepat berbanding permohonan melalui bank.

Pakej Pinjaman Perumahan
Untuk pinjaman perumahan pula, MBSB menawarkan pakej yang dikenali sebagai MBSB Home Financing. Terdapat beberapa pakej kecil dalam MBSB Home Financing untuk memenuhi keperluan para peminjam. Antara kelebihan pakej ini ialah kelulusan cepat, kadar faedah yang berpatutan dan kompetitif, tempoh bayaran balik lebih lama (mencecah sehingga 30 tahun atau umur peminjam sehingga 65 tahun), dilindungi oleh Takaful [3], pembiayaan sehingga 100% (termasuk pembiayaan MRTT), tiada yuran proses untuk rumah kediaman dan bayaran balik boleh dibuat melalui berbagai kemudahan sistem bayaran yang sedia ada. Tetapi, jika anda rasa anda tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk membuat pinjaman perumahan dengan pihak MBSB, anda mohonlah pinjaman peribadi dahulu dan gunalah wang ini untuk membeli ataupun untuk pendahuluan rumah idaman anda.

Jadi, jika anda bercadang untuk membuat sama ada pinjaman peribadi atau pinjaman perumahan, tidak syak lagi Malaysia Building Society Berhad (MBSB) adalah pilihan yang tepat dan boleh dipercayai. Cuma anda perlu berhati-hati jika mahu menggunakan khidmat agen kerana ada di antara mereka ini yang cuba menipu dan mendakwa agen sah MBSB tapi sebenarnya tidak. Anda juga kena ingat, pihak MBSB tidak meminta wang pendahuluan sebelum permohonan anda diluluskan dan ejen yang beretika tidak akan pernah meminta upfront fees.

Jadi, jika anda adalah kakitangan awam, badan berkanun atau GLC dan berminat memohon pinjaman peribadi MBSB, semaklah kelayakan anda secara online sekarang. Ianyanya cepat, mudah dan menjimatkan masa dan yang paling penting sekali, MBSB hanya mengambil kira potongan, hutang dan komitment anda yang ditulis dalam penyata gaji sahaja. Jadi peluang kelulusan adalah amat tinggi dan anda akan menikmati kadar faedah yang rendah disamping mendapat bayaran wang tunai yang tinggi..

Anda jangan lupa juga meneliti jadual perbandingan pakej-pakej pinjaman yang ditawarkan oleh MBSB kerana ia mengandungi maklumat yang sangat berguna dan juga akan membantu anda memilih pakej yang paling sesuai dengan anda. Sekian dahulu dan saya harap penerangan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami perkhidmatan pembiayaan kewangan yang ditawarkan oleh pihak MBSB. Jumpa anda di artikel yang seterusnya nanti.

Pinjaman Peribadi Bank Kuwait di Malaysia

Terdapat 3 pakej utama pinjaman peribadi Bank Kuwait atau lebih dikenali sebagai "Kuwait Finance House" atau "KFH Malaysia" [1] sebagai singkatannya. Pakej-pakej tersebut ialah Murabahah Personal Financing-i, Personal Financing-i Umrah and Hajj dan juga Personal Financing-i Government Sector. Ketiga-tiga pakej ini menawarkan pinjaman peribadi bagi tujuan yang berbeza-beza. Untuk pengetahuan anda, hampir kesemua pakej perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan oleh KFH ini diruruskan oleh Syarikat Coshare Holding Berhad.

Pakej Murabahah Personal Financing-i ditawarkan oleh Kuwait Finance House adalah untuk tujuan pembiayaan keperluan peribadi. Jumlah tawaran pinjaman adalah dari RM 10,000 hingga RM 100,000 dan tempoh bayaran balik pula adalah dari 2 hingga 7 tahun. Individu yang layak memohon pakej pinjaman peribadi Kuwait Finance House ini adalah mereka yang berumur 18 hingga 55 tahun, minimum 2 tahun tempoh bekerja dalam jabatan kerajaan, syarikat swasta senarai awam, syarikat antarabangsa dan syarikat swasta terkemuka yang lain bergantung kepada budi bicara Kuwait Finance House.

Pakej personal loan atau pinjaman peribadi Personal Financing-i Umrah pula ditawarkan untuk membiayai kewangan bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam menunaikan Umrah dan Haji di Mekah. Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM 100,000 dan tempoh bayaran balik pula adalah fleksibel dan boleh diselaraskan bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

Manakala, pakej pinjaman peribadi Personal Financing-i Government Sector yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House ataupun Coshare, adalah untuk pegawai dan kakitangan tetap dan berpencen kerajaan awam Malaysia seperti guru, pensyarah, jurutera, doktor, jururawat, peguam, pembantu tadbir dsb. yang mempunyai gaji minimum RM 1,000 bagi tujuan pembiayaan mengubahsuai rumah, perubatan, pendidikan dan juga percutian.  Walau bagaimanapun, kakitangan tentera atau askar tidak layak memohon pakej ini. Kadar pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House atau Coshare, adalah dari RM 5,000 hingga RM 200,000 dengan tempoh bayaran balik dari 2 hingga 20 tahun. Semua pakej pinjaman peribadi Coshare atau KFH yang ditawarkan adalah dilindungi oleh Insuran Takaful.

Selain daripada Kuwait Finance House, Syarikat Coshare juga ada membuat kerjasama dengan Bank Al Rajhi dengan mewujudkan Pakej Pinjaman peribadi Coshare Al Rajhi yang boleh dikatakan merupakan pakej pinjaman terbaik dan terhangat di Malaysia sekarang dimana ia menawarkan kadar keuntungan terendah iaitu serendah 3.99% pada kadar rata dan jumlah payout wang tunai yang ditawarkan juga tinggi berbanding dengan pinjaman dari institusi kewangan lain iaitu sebanyak 99.1%. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan badan koperasi hanya memberikan  bayaran atau payout sekitar 90% hingga 96% sahaja. Potongan ansuran bulanan juga dibuat melalui kod potongan gaji syarikat Coshare sendiri dan bukan melalui biro angkasa. Overlap atau tutup pinjaman lama juga dibenarkan oleh Coshare. Selain itu, peminjam yang telah disenaraihitamkan atau blacklist, CTOS dan CCRIS juga layak memohon dengan Coshare dengan syarat jumlah pinjaman yang sedia ada tidak melebihi RM30,000.00. Sekian dahulu, jumpa anda di artikel yang seterusnya.