Pakej Pinjaman Peribadi Bank Islam

Terdapat dua pakej yang ditawarkan dalam pinjaman peribadi bank Islam yang dinamakan Personal Financing-i yang dibahagikan kepada jenis iaitu Package dan Non-Package. Beza yang ketara bagi kedua-dua pakej ini ialah pinjaman Package langsung tidak memerlukan sebarang penjamin, manakala pinjaman Non-Package memerlukan penjamin bagi jumlah pinjaman yang melebihi RM30,000. Syarat ini juga telah diguna pakai dalam pinjaman peribadi bank Islam tahun 2010.

Dari segi tempoh bayaran balik pula, kedua-dua pakej ini tidak jauh berbeza iaitu masing-masing menawarkan tempoh maksimum 10 dan 15 tahun. Dari segi faedah yang dikenakan pula, ianya berbeza sekitar 1 hingga 2 peratus bergantung kepada tempoh bayaran balik personal loan atau pinjaman peribadi tersebut. Manakala kedua-dua pakej menawarkan jumlah pinjaman minimum yang sama iaitu RM 10,000 dan masing-masing pakej menawarkan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM 150,000 dan RM 200,000.

Kebanyakan syarat bagi pinjaman peribadi bank Islam tidak jauh berbeza dari syarat yang dikeluarkan oleh bank-bank lain dalam Malaysia contohnya pinjaman peribadi Maybank dan pinjaman peribadi Agrobank. Begitu juga terma dan syarat yang dikenakan dalam pinjaman peribadi bank Islam untuk kakitangan swasta. Ianya tiada perbezaan yang ketara dari segi umur dan kelayakan minimum. Kelebihan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam ini ialah ia dilindungi oleh Insuran Takaful Pinjaman Peribadi.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan dengan pinjaman peribadi Bank Islam [1] dan jadual pembayaran, anda bolehlah berkunjung ke laman sesawang mereka yang rasmi di pautan yang telah saya sediakan. Di sana, anda akan memperolehi maklumat yang komprehensif dan terkini berhubung pinjaman peribadi bank Islam dan juga jadual pinjaman terbaru yang mereka tawarkan khususnya untuk membantu rakyat memenuhi tuntutan kewangan mereka.

Walaubagaimana pun, jika anda hendak buat pinjaman dengan bank Islam, semua komitment dan juga hutang anda, walaupun tidak tercatat dalam slip gaji, akan diperiksa dan diambilkira untuk menentukan kelayakan anda. Jadi, kalau anda sudah pun mempunyai hutang yang agak banyak dari bank dan institusi kewangan lain tetapi tidak ditulis dalam slip gaji, peluang permohonan pinjaman anda diluluskan oleh bank ini memang amat tipis sekali atau tiada langsung. Lagi teruk kalau anda menghadapi masalah CTOS atau CCRIS, sudah tentu anda tak ada peluang langsung memohon dengan Bank Islam ataupun dengan mana-mana bank sekali pun. Sekian dan terima kasih.
Mohonlah pembiayaan peribadi dengan Coshare atau MBSB disini secara online kerana hutang dan komitment anda diluar penyata gaji tidak akan di ambil kira. Kadar keuntungan yang ditawarkan juga amat rendah dan peluang kelulusan juga sangat tinggi.