Maklumat Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

Terdapat tiga pakej utama yang ditawarkan dalam pinjaman peribadi Bank Muamalat iaitu pakej untuk tentera, kakitangan kerajaan dan pakej pinjaman untuk kakitangan organisasi-organisasi yang terpilih di seluruh negara. Ketiga-tiga pakej ini tidak memerlukan penjamin.

Pakej pinjaman peribadi Bank Muamalat untuk tentera / askar ditawarkan bagi tujuan pelaburan dan juga persediaan persaraan. Kakitangan tentera atau askar yang berkhidmat di bawah skim perkhidmatan berpencen adalah layak memohon pakej ini. Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah dari RM 10,000 hingga RM 200,000 dan tempoh bayaran balik yang diberi adalah selama 12 bulan hingga 102 bulan. Kadar faedah yang dikenakan pula adalah sebanyak 6.75 peratus setahun. Untuk maklumat anda, pakej seperti ini tidak ditawarkan dalam pinjaman peribadi Bank Kuwait.

Manakala, pakej personal loan atau pinjaman peribadi Bank Muamalat bagi kakitangan kerajaan juga ditawarkan untuk tujuan pelaburan dan juga persediaan kewangan bila bersara nanti. Kakitangan kerajaan yang bekerja sepenuh masa dan berpencen layak untuk memohon pakej ini. Jumlah pinjaman, tempoh bayaran balik dan kadar faedah yang ditawarkan oleh pihak Bank Muamalat adalah sama dengan jumlah, tempoh dan kadar faedah yang ditawarkan pada kakitangan tentera.

Pakej pinjaman peribadi Bank Muamalat untuk kakitangan organisasi terpilih pula menawarkan pinjaman kewangan bagi tujuan melunaskan hutang dan juga pelaburan. Kakitangan dari organisasi swasta terpilih seperti Telekom Malaysia, TNB, SIRIM dan agensi GLC yang lain adalah layak memohon pakej ini. Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah dari RM 5,000 hingga RM 150,000. Manakala, tempoh bayaran balik pula adalah dari 3 hingga 10 tahun. Kadar faedah yang dikenakan pula adalah dari 5.5 hingga 11 peratus setahun.

Pakej, jumlah pinjaman, tempoh bayaran balik bagi pinjaman peribadi Bank Muamalat 2011 adalah lebih kurang sama dengan tahun sebelumnya dan begitu juga dengan apa yang ditawarkan pada tahun ini. Untuk keterangan yang lebih lanjut, anda bolehlah melayari laman web Bank Muamalat [1] untuk menyemak sendiri pakej-pakej tersebut dengan lebih terperinci sebelum membuat permohonan. Tapi kalau nak pinjam dengan bank ni, komitment dan hutang anda di luar slip gaji pun akan diperiksa dan diambil kira kesemuanya untuk menentukan kelayakan anda. Jadi kalau anda sudah ada hutang yang agak banyak dari tempat lain tetapi tidak dinyatakan dalam penyata gaji, kebarangkalian pinjaman anda diluluskan dengan bank ini adalah sangat tipis atau tiada langsung. Sekian dan terima kasih.
Mohonlah pembiayaan peribadi dengan Coshare atau MBSB disini secara online kerana hutang dan komitment anda diluar penyata gaji tidak akan di ambil kira. Kadar keuntungan yang ditawarkan juga amat rendah dan peluang kelulusan juga sangat tinggi.