Maklumat Pinjaman Peribadi Public Bank

Untuk pengetahuan anda, pinjaman peribadi Public Bank sebenarnya berdasarkan konsep Bai Al-Einah (jual beli) yang dikenali sebagai BAE Personal Financing-i dan Plus BAE Personal Financing-i. Sesiapa sahaja yang layak boleh memohon pinjaman ini. Antara kelayakan yang diperlukan oleh pihak Public Bank ialah anda mestilah rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menjadi pekerja sepenuh masa sekurang-kurangnya selama 6 bulan dalam mana-mana agensi yang disahkan oleh pihak Public Bank.

Syarat-syarat dalam pinjaman peribadi public bank 2011 adalah sama dengan syarat dan kelayakan minimum yang diperlukan oleh mereka pada tahun ini juga. Syarat ini dikekalkan kerana ia masih lagi relevan kepada keperluan dan kelayakan peminjam dalam tahun ini dan saya percaya sistem ini akan terus diguna pakai pada masa akan datang bukan hanya bank ini saja tapi bank-bank yang lain juga menggunakan sistem penilaian kelayakan bakal peminjam yang serupa.

Seperti yang saya sudah nyatakan di atas, personal loan atau pinjaman peribadi public bank adalah berasaskan islamic finance. Untuk maklumat anda, pakej Plus BAE Personal Financing-i adalah ditawarkan khususnya kepada para pelanggan asal Public Islamic Bank yang mempunyai rekod pembayaran yang baik dan mereka ini layak memohon bantuan kewangan tanpa sebarang cagaran dan juga penjamin. Ini adalah penghargaan pihak public bank kepada pelanggan-pelanggan mereka yang setia. Pakej seperti ini tidak ditawarkan dalam pinjaman peribadi Agrobank, Bank Muamalat dan juga Bank Kuwait.

Antara kelebihan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh public bank ialah tidak memerlukan penjamin, jumlah pinjaman mencecah RM 150, 000, tempoh bayaran balik sehingga 20 tahun, tempoh kelulusan yang cepat, terdapat cara bayaran balik yang pelbagai dan banyak lagi. Anda juga boleh melawat laman web rasmi Public Bank [1] dan meneliti maklumat dengan lebih terperinci lagi berkenaan pinjaman peribadi, jadual pembayaran dan tawaran mereka yang baru dan lengkap.

Tetapi, jika anda hendak buat pinjaman dengan bank ini, semua komitment dan juga hutang anda di luar slip gaji akan diperiksa dan diambilkira untuk menentukan kelayakan anda. Oleh itu, kalau anda sudah pun mempunyai hutang yang agak banyak dari bank dan syarikat kewangan lain tapi tidak dicatatkan dalam penyata gaji, peluang pinjaman anda diluluskan dengan Public Bank memang tipis sekali ataupun langsung tiada. Apatah lagi kalau anda ada masalah CTOS atau CCRIS, sudah tentu permohonan anda dengan bank ini tidak akan diluluskan dan begitu juga dengan bank-bank yang lain. Sekian dahulu, jumpa lagi.