Tentang Pinjaman Peribadi CIMB Bank

Terdapat tiga pakej pinjaman peribadi CIMB yang ditawarkan iaitu Xpress Cash Financing-i, Pembiayaan Peribadi Sektor Awam-i dan Cash Plus Financing-i. Semua pakej pinjaman peribadi bank CIMB ini tidak memerlukan penjamin dan kelulusannya juga adalah sangat cepat iaitu 3 hari saja. Tidak ada sebarang perubahan yang ketara di dalam terma dan syarat bagi pinjaman peribadi CIMB 2011 berbanding tahun ini.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pakej yang berbeza bagi pinjaman peribadi CIMB swasta dan pakej pinjaman peribadi CIMB kakitangan awam yang ditawarkan oleh bank ini. Dan jika anda meneliti kedua-dua jenis pakej ini, anda akan dapati ia mempunyai syarat dan kelayakan minimum yang agak berbeza juga. Misalnya, pakej Pembiayaan Peribadi Sektor Awam-i hanya ditawarkan untuk kakitangan kerajaan sahaja. Walaupun terdapat perbezaan, tetapi ada juga persamaan yang boleh diteliti dari pakej-pakej dari bank lain seperti pinjaman peribadi Bank Islam dan juga Public Bank.

Seperkara lagi, semua pakej yang ditawarkan ini termasuk dalam pinjaman peribadi CIMB islamic seperti mana yang sudah pun ditawarkan dahulu iaitu dalam pinjaman peribadi CIMB islamic 2011. Sebenarnya, jumlah pinjaman peribadi CIMB Express boleh dipohon sehingga 5 kali ganda daripada jumlah pendapatan anda dan ini sangat memberi kemudahan bagi mereka yang sangat memerlukan wang untuk tujuan peribadi mahupun bagi tujuan perniagaan.

Kadar faedah umum yang biasa bagi personal loan atau pinjaman peribadi CIMB ialah 3.88 hingga 4.99 peratus. Walau bagaimanapun, kadar ini akan berubah bergantung kepada jenis pakej, jumlah pinjaman dan juga tempoh bayaran balik yang telah anda pohon dan diluluskan oleh pihak bank ini. Untuk keterangan yang lebih lanjut lagi, anda bolehlah melayari laman web rasmi bank ini dan menyemak senarai  pinjaman peribadi CIMB Bank [1] dan jadual yang telah mereka sediakan untuk para pengunjung. Walaubagaimana pun, pihak CIMB tidak menawarkan pakej untuk overlap atau menutup pinjaman lama anda.

Selain itu, masalah akan timbul jika anda sudah pun mempunyai hutang yang agak banyak dari institusi kewangan yang lain tetapi tidak dimasukkan dalam penyata gaji jika anda hendak buat pinjaman dengan bank CIMB kerana semua komitment dan juga hutang anda di luar slip gaji akan diperiksa dan diambilkira oleh CIMB untuk menentukan kelayakan anda. Dan peluang pinjaman anda diluluskan dengan bank ini amat tipis atau tak ada peluang langsung. Lebih-lebih lagi jika anda ada masalah CTOS atau CCRIS, memang confirm anda tak boleh memohon dengan bank ini mahupun dengan mana-mana bank lain sekali pun. Sekian dahulu, terima kasih kerana mengunjungi laman ini.