Memaparkan catatan dengan label Pinjaman Perumahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pinjaman Perumahan. Papar semua catatan

Perkhidmatan Pinjaman oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan oleh MBSB, saya akan menerangkan terlebih dahulu latar belakang syarikat ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Malaysia Building Society Berhad (MBSB) sebenarnya adalah merupakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Federal and Colonial Building Society Limited yang ditubuhkan pada tahun 1950. Tetapi sebelum ia dinamakan sebagai MBSB, ia terlebih dahulu diberi nama sebagai Malaya Borneo Building Society Limited (MBBS) pada tahun 1956. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) [1] dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) [2] merupakan antara pemegang saham terbesar bagi syarikat MBSB ini sekarang. Jadi, reputasi syarikat ini memang tidak dapat dinafikan lagi.

Syarikat MBSB menawarkan berbagai pakej perkhidmatan dan kemudahan kewangan khususnya untuk pegawai dan kakitangan awam kerajaan dan juga kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun termasuklah mereka yang memegang jawatan seperti juruteknik, jururawat, guru, jurutera, doktor, akauntan, peguam, kerani atau pembantu tadbir dan sebagainya. Antara kemudahan - kemudahan pembiayaan kewangan yang popular ialah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan dan banyak lagi. Di sini, saya cuma hanya menerangkan berkenaan dengan pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan kerana kedua-dua pakej ini yang paling kerap ditanya oleh para pelawat laman web ini.

Pakej Pinjaman Peribadi
Bagi kemudahan pinjaman peribadi, MBSB menawarkan perkhidmatan yang dikenali sebagai Personal Financing-i yang mana terbahagi kepada beberapa sub-pakej yang lebih kecil dan spesifik mengikut keperluan para pelanggan. Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak MBSB boleh mencecah sehingga RM300,000 dan MBSB juga merupakan antara pemiutang sah disisi undang-undang yang menawarkan kadar faedah terendah di Malaysia iaitu serendah 4.30% dan walau anda hanya mempunyai gaji minimum sebanyak RM700 pun masih layak memohon pinjaman dari institusi kewangan ini. Selain itu, peminjam yang sudah mempunyai potongan gaji atau pun komitmen kewangan sedia ada sebanyak 80% juga masih layak memohon dengan MBSB.

Antara kelebihan pinjaman peribadi MBSB yang lain ialah tempoh kelulusan cepat, tidak memerlukan penjamin, boleh membuat pinjaman baru untuk overlap pinjaman lama dari MBSB sendiri atau pun dari syarikat koperasi yang lain, proses permohonan yang ringkas dan tempoh bayaran balik boleh mencecah sehingga 25 tahun. MBSB juga ada menawarkan tiga pakej pinjaman peribadi terbaru yang dikenali sebagai 1 Malaysia Package, Waslah Package dan Exec-i Package yang mana pekej-pakej ini mendapat sambutan yang sangat baik pada tahun ini iaitu 2012. Selain itu, pakej pinjaman peribadi yang disediakan oleh MBSB juga senang lulus dan lebih cepat berbanding permohonan melalui bank.

Pakej Pinjaman Perumahan
Untuk pinjaman perumahan pula, MBSB menawarkan pakej yang dikenali sebagai MBSB Home Financing. Terdapat beberapa pakej kecil dalam MBSB Home Financing untuk memenuhi keperluan para peminjam. Antara kelebihan pakej ini ialah kelulusan cepat, kadar faedah yang berpatutan dan kompetitif, tempoh bayaran balik lebih lama (mencecah sehingga 30 tahun atau umur peminjam sehingga 65 tahun), dilindungi oleh Takaful [3], pembiayaan sehingga 100% (termasuk pembiayaan MRTT), tiada yuran proses untuk rumah kediaman dan bayaran balik boleh dibuat melalui berbagai kemudahan sistem bayaran yang sedia ada. Tetapi, jika anda rasa anda tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk membuat pinjaman perumahan dengan pihak MBSB, anda mohonlah pinjaman peribadi dahulu dan gunalah wang ini untuk membeli ataupun untuk pendahuluan rumah idaman anda.

Jadi, jika anda bercadang untuk membuat sama ada pinjaman peribadi atau pinjaman perumahan, tidak syak lagi Malaysia Building Society Berhad (MBSB) adalah pilihan yang tepat dan boleh dipercayai. Cuma anda perlu berhati-hati jika mahu menggunakan khidmat agen kerana ada di antara mereka ini yang cuba menipu dan mendakwa agen sah MBSB tapi sebenarnya tidak. Anda juga kena ingat, pihak MBSB tidak meminta wang pendahuluan sebelum permohonan anda diluluskan dan ejen yang beretika tidak akan pernah meminta upfront fees.

Jadi, jika anda adalah kakitangan awam, badan berkanun atau GLC dan berminat memohon pinjaman peribadi MBSB, semaklah kelayakan anda secara online sekarang. Ianyanya cepat, mudah dan menjimatkan masa dan yang paling penting sekali, MBSB hanya mengambil kira potongan, hutang dan komitment anda yang ditulis dalam penyata gaji sahaja. Jadi peluang kelulusan adalah amat tinggi dan anda akan menikmati kadar faedah yang rendah disamping mendapat bayaran wang tunai yang tinggi..

Anda jangan lupa juga meneliti jadual perbandingan pakej-pakej pinjaman yang ditawarkan oleh MBSB kerana ia mengandungi maklumat yang sangat berguna dan juga akan membantu anda memilih pakej yang paling sesuai dengan anda. Sekian dahulu dan saya harap penerangan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami perkhidmatan pembiayaan kewangan yang ditawarkan oleh pihak MBSB. Jumpa anda di artikel yang seterusnya nanti.