Memaparkan catatan dengan label pinjaman peribadi maybank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pinjaman peribadi maybank. Papar semua catatan

Kelebihan Pinjaman Peribadi Maybank

Pinjaman peribadi Maybank merupakan pinjaman yang tidak memerlukan cagaran dan penjamin dan diberi nama sebagai “Maybank Personal Loan”. Ia menawarkan sistem bayaran balik yang tetap dengan kadar serendah RM 115.28 sebulan. Jumlah minimum pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak RM 5,000 dan jumlah maksimum adalah RM 100,000. Manakala tempoh bayaran balik minimum adalah setahun dan maksimum selama 6 tahun ataupun 72 bulan.

Bank ini juga ada menawarkan pinjaman peribadi Maybank islamic yang berasaskan syariah dikenali sebagai Murabahah Cash Line Facility-i  yang mana sangat sesuai bagi mereka yang memerlukan kewangan untuk memulakan perniagaan, menambah modal perniagaan, kegunaan peribadi dan juga untuk membeli aset lain seperti tanah dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda, pakej ini telah pun ditawarkan dalam pinjaman peribadi Maybank 2011 sehinggalah ke hari ini.

Kelebihan-kelebihan lain pakej personal loan atau pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Maybank ialah kelulusan yang cepat, tiada yuran proses, ada ganjaran TreatsPoints dan banyak lagi manfaat yang lain. Pakej-pakej pinjaman peribadi Maybank ini juga boleh dipohon oleh kakitangan kerajaan mahupun mereka yang berkhidmat di dalam bidang swasta. Tidak terkecuali juga mereka yang bekerja sendiri, boleh juga memohon pinjaman peribadi Maybank jika mempunyai kelayakan yang minimum iaitu mempunyai pendapatan kasar sebanyak RM 2,500.

Pakej ini ada kelebihannya yang tersendiri berbanding pakej-pakej pinjaman peribadi bank lain. Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi Maybank, anda bolehlah mendapatkan maklumat yang lebih terperinci lagi berkenaan jadual pinjaman dan kadar bayaran balik dari laman web rasmi Maybank iaitu www.maybank2u.com.my [1].

Yang sedihnya, jika anda hendak buat pinjaman dengan bank ini, kesemua komitment dan hutang anda di luar slip gaji akan diperiksa dan diambilkira untuk menentukan kelayakan anda. Kalau anda sudah pun mempunyai hutang yang banyak dari bank atau syarikat lain, tetapi tidak dinyatakan dalam slip gaji, peluang pinjaman anda diluluskan dengan bank ini sangat rendah atau tiada langsung. Lagi-lagi kalau anda menghadapi masalah CTOS ataupun CCRIS, baik anda lupakan untuk memohon pinjaman dengan Maybank ataupun dengan mana-mana bank lain sekali pun. Sekian, dan jumpa lagi.