Memaparkan catatan dengan label pinjaman peribadi bank rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pinjaman peribadi bank rakyat. Papar semua catatan

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Aslah

Terdapat beberapa jenis personal loan atau pinjaman peribadi Bank Rakyat yang ditawarkan kepada peminjam. Walau bagaimanapun, kesemua jenis tersebut mempunyai nama yang sama iaitu Aslah Personal Financing yang berkonsepkan kewangan Islam.  Kadar faedah pinjaman peribadi bank rakyat 2010 yang paling rendah adalah sebanyak 3.25 peratus tetapi kadar ini mungkin akan berubah bergantung kepada jenis pinjaman, jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik yang akan ditetapkan dalam perjanjian.

Begitu juga dengan kadar faedah pinjaman peribadi bank rakyat 2011 tidak banyak berubah berbanding dengan kadar pada tahun sebelumnya dan sehingga pada bulan November 2011 pun tidak ada perubahan yang ketara.  Jika anda adalah pekerja dalam sektor swasta dan mahu memohon pinjaman peribadi bank rakyat untuk kakitangan swasta, antara syarat yang dikenakan ialah pendapatan minimum sebanyak RM 3,000.00 dan sudah bekerja selama 3 tahun dan juga berumur antara 18 hingga 55 tahun.

Manakala, bagi mereka yang ingin membuat pinjaman peribadi bank rakyat untuk kakitangan kerajaan pula, Bank Rakyat hanya mengenakan syarat gaji kasar sebanyak RM 1,000.00 dan tempoh perkhidmatan minimum 6 bulan dan juga berumur antara 18 hingga 60 tahun. Syarat ini juga adalah sah bagi pinjaman peribadi bank rakyat untuk tentera. Jadi bagi kakitangan pasukan tentera yang memenuhi kelayakan seperti yang saya nyatakan di atas, bolehlah pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat yang terdekat untuk mendapatkan borang permohonan sekiranya berminat.

Terdapat beberapa perbezaan dalam jadual pembayaran balik pinjaman peribadi bank rakyat bergantung kepada jenis pakej pinjaman, jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik yang anda dapat dan dipersetujui bersama dengan Bank Rakyat. Begitu juga dengan kadar faedah pinjaman juga bergantung kepada faktor-faktor yang saya nyatakan di atas dan kadar ini adalah tidak berbeza dengan kadar yang ditawarkan oleh bank lain seperti pinjaman peribadi BSN dan pinjaman peribadi Maybank. Tetapi, anda hanya perlu ingat bahawa semakin lama tempoh bayaran balik yang anda pohon, maka semakin tinggi kadar faedah yang akan dikenakan oleh Bank Rakyat dan keadaan ini juga adalah lebih kurang sama bagi semua bank-bank yang ada di dalam Negara Malaysia.

Walaubagaimana pun, jika anda hendak buat pinjaman dengan Bak Rakyat, semua komitment dan juga hutang anda di luar slip gaji akan diperiksa dan diambilkira untuk menentukan kelayakan anda. Oleh itu, kalau anda sudah pun mempunyai hutang dari syarikat kewangan lain walaupun tidak dimasukkan dalam penyata gaji, peluang kelulusan anda dengan bank ini sangat tipis atau tak ada langsung. Lagi teruk kalau anda ada masalah senarai hitam CTOS atau CCRIS, memang sah permohanan anda dengan Bank Rakyat atau dengan mana-mana bank sekali pun akan gagal. Sekian dahulu, jumpa lagi di artikel yang seterusnya.