Pinjaman Peribadi Agrobank Asas Tani

Terdapat dua pakej yang ditawarkan dalam pinjaman peribadi agrobank iaitu AgroCash (Wawasan Tani) dan AgroCash-i (Bai' Al-Inah). Pakej AgroCash (Wawasan Tani) disediakan untuk kakitangan kerajaan bagi kemudahan pinjaman peribadi bagi tujuan pembiayaan kewangan berkaitan dengan aktiviti pertanian dan juga industri asas tani.

Manakala, pakej AgroCash-i (Bai' Al-Inah) pula disediakan oleh Agrobank untuk kakitangan kerajaan dan juga kakitangan syarikat swasta bertaraf GLC terpilih untuk tujuan pembiayaan yang sama dengan pakej pertama tadi.

Untuk pengetahuan anda, pakej-pakej yang saya sebutkan tadi telah pun perkenalkan dalam personal loan atau pinjaman peribadi Agrobank 2011 sehinggalah ke hari ini. Semua pakej yang saya terangkan tadi adalah mewajibkan pelanggan untuk mengambil skim takaful kredit sebagai perlindungan kredit sekiranya berlaku sebarang kerugian ataupun bencana yang dihadapi oleh peminjam kelak. Perlindungan jenis takaful ini juga ditawarkan oleh bank-bank lain contohnya seperti dalam pinjaman peribadi bank Muamalat dan pinjaman peribadi Bank Kuwait.

Kadar faedah yang dikenakan oleh Agrobank juga adalah rendah iaitu 2 hingga 3.75 peratus bergantung kepada tempoh bayaran balik yang anda pohon. Untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci berkenaan pinjaman peribadi Agrobank, anda boleh lah melayari laman sesawang rasmi mereka di www.agrobank.com.my [1].

Walaubagaimana pun, jika anda hendak buat pinjaman dengan bank ini, semua komitment dan juga hutang anda di luar slip gaji akan diperiksa dan diambilkira untuk menentukan kelayakan anda. Oleh itu, kalau anda sudah pun mempunyai hutang yang agak banyak dari institusi kewangan yang lain tetapi tidak dimasukkan dalam penyata gaji, peluang pinjaman anda diluluskan dengan bank ini amat tipis atau langsung tiada. Kalau anda ada masalah CTOS atau CCRIS, memang sah tak boleh memohon dengan Agrobank ataupun dengan mana-mana bank sekali pun. Sampai disini dahulu, sekian dan terima kasih. Jumpa lagi.