Pinjaman Peribadi RHB Easy (Pinjaman Ekspres)

Adakah anda memerlukan wang dengan segera? Jika anda ada sumber pendapatan yang boleh disahkan, bawak jer MyKad dan terus ke cawangan RHB Easy yang biasanya ada kat tempat yang mudah dijumpai seperti pusat membeli-belah, pasar raya, supermaket, hypermarket yang utama seperti Giant, TESCO dsb untuk memohon pinjaman peribadi ini. Kelulusan dan pengeluaran wang adalah serta-merta atau "on the spot" jika anda layak kerana mereka hanya perlu mengimbas atau "scan" MyKad anda melalui sistem atas talian untuk mengesahkan kelayakan anda. Senang bukan?

Ciri-Ciri Unik Skim Pinjaman RHB Easy (Pinjaman Ekspres) Adalah:
  • Kelulusan dan pengeluaran wang pinjaman adalah serta-merta "on-the-spot".
  • Jumlah pinjaman dari RM2,000 hingga RM50,000.
  • Kadar bayaran balik bulanan yang sangat rendah (kurang dari RM60 sebulan).
  • Tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun (60 bulan).

Faedah/Kelebihan:
  • Pemohon yang berjaya akan mendapat Easy Visa Debit Card secara percuma.
  • Cara bayaran balik yang senang dengan hanya merujuk melalui penyata bayaran balik yang telah disediakan oleh pihak RHB.

Jadual Bayaran Balik RHB Easy-Pinjaman Ekspres:
Jadual Bayaran Balik RHB Easy-Pinjaman Ekspres


Jadual Kadar Keuntungan RHB Easy (Pinjaman Ekspres):
Jadual Kadar Keuntungan RHB Easy (Pinjaman Ekspress)

* Kadar yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan kadar rata dan berbeza mengikut tempoh bayaran balik bermula dari tempoh 12 bulan dan seterusnya. Kadar keuntungan akan terus ditolak dari jumlah pinjaman yang diluluskan semasa pengeluaran pinjaman dan kadar keuntungan juga terus dikira untuk tempoh bayaran balik yang diluluskan (Peraturan 78).

Tier 1: Dari 13.38% setahun. Kadar rata bersamaan dengan EIR 24% setahun.
Tier 2: Dari 11.63% setahun. Kadar rata bersamaan dengan EIR 21% setahun.


Kadar EIR mungkin lebih tinggi sekiranya bayaran balik bulanan tidak menentu atau tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon RHB Easy (Pinjaman Ekspres):
Dokumen yg Diperlukan utk RHB Easy Pinjaman Ekspress

✔    Dokumen wajib.
▲   Apa-apa dokumen yang perlu disertakan bersama-sama dengan dokumen wajib.
θ     Kombinasi dokumen yang perlu disertakan bersama-sama dengan dokumen wajib.

NOTA: Pihak RHB Bank mungkin akan memerlukan penyata pendapatan 6 bulan jika pendapatan pemohon adalah dari sumber yang boleh berubah-ubah (Contohnya: Overtime, elaun, komisyen dsb).